Dasar Privasi

Dasar Privasi

1. Pengenalan

Liberty International Underwriters (Liberty) adalah nama perdagangan ahli-ahli Liberty Mutual Group (LMG) yang berpangkalan di Boston. Liberty Asia Pasifik beroperasi:

  • di Australia, Liberty International Underwriters di Australia (Liberty) ialah nama perdagangan Liberty Mutual Insurance Company (ABN 61 086 083 605) yang diperbadankan di Massachusetts, AS (LMIC) dan diberi kebenaran oleh Pihak Berkuasa Prudential Australia (APRA) untuk menaja jamin perniagaan insurans am di Australia. 
  • di Hong Kong, Liberty International Underwriters Limited (No. 2400200) (Liberty) ialah  syarikat yang diperbadankan dan diberi kebenaran untuk menjalankan insurans di Hong Kong.
  • di Singapura, Liberty International Underwriters Pte Limited (UEN 201538069C) (Liberty) ialah syarikat insurans yang diberi kebenaran oleh Pihak Berkuasa Monetari Singapura (MAS) untuk menjalankan perniagaan insurans di Singapura.
  • di Labuan, Liberty International Underwriters Pte Limited (No. Pendaftaran: LF12903) berdagang sebagai Liberty International Underwriters, Cawangan Labuan (Liberty) dilesenkan untuk menjalankan perniagaan insurans am di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 2010 (No. Lesen.:  IS2016162).
  • LIU menyediakan pelbagai jenis perkhidmatan insurans am komersil dan khusus di rantau Asia Pasifik. Kami komited untuk melindungi privasi data peribadi anda. 

2. Skop

Dasar Privasi ini berkuat kuasa ke atas Liberty, para ejen dan para pembekal perkhidmatannya.

3. Tujuan

Dokumen ini menerangkan cara-cara utama Liberty melindungi privasi anda. Dasar Privasi ini berkuat kuasa ke atas mana-mana data peribadi yang anda beri kepada Liberty dan mana-mana data peribadi yang Liberty kumpul mengenai individu daripada mana-mana sumber seperti pengantara atau broker. Data peribadi adalah maklumat atau pendapat yang membolehkan orang lain mengenal pasti anda. Ia merangkumi nama, tarikh lahir, jantina, butir-butir hubungan, maklumat kesihatan dan maklumat kewangan anda. Di sesetengah bidang kuasa, data peribadi boleh juga dipanggil “maklumat peribadi".  Dasar Privasi ini menggunakan istilah “data peribadi” bagi merujuk pada kedua-duanya.

4. Mengapa LIU mengumpul data peribadi

Liberty mengumpul data peribadi untuk mentadbir hubungan klien dan menyediakan pelbagai perkhidmatan serta produk yang ditawarkan oleh Liberty. Ini termasuklah menawarkan polisi insurans, pengurusan risiko  
dan pengendalian tuntutan. Liberty mungkin menggunakan data peribadi anda untuk memeriksa sama ada anda layak untuk sesuatu produk atau perkhidmatan, menyediakan produk atau perkhidmatan kepada anda atau membantu mengurus produk atau perkhidmatan berkenaan. 
Liberty juga mengumpulkan data peribadi bagi membolehkannya membina dan mengenal pasti produk atau perkhidmatan yang mungkin menarik minat anda, mengendalikan penyelidikan pasaran atau kepuasan pengguna, membangunkan, mewujudkan dan mentadbir perikatan dan pengaturan lain dengan organisasi-organisasi lain berhubung promosi, pentadbiran dan penggunaan produk serta perkhidmatan Liberty yang berkaitan. Liberty juga mungkin berkongsi maklumat dengan syarikat-syarikat berkaitan Liberty bagi membolehkan mereka turut menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan kepada anda. 
Secara am, jenis data peribadi yang dikumpul oleh Liberty termasuk nama, alamat, nombor telefon dan alamat e-mel seseorang. Memohon produk atau perkhidmatan khusus mungkin memerlukan Liberty mengumpul maklumat khusus daripada anda berkaitan produk atau perkhidmatan berkenaan.  Sekiranya Liberty telah menyediakan perkhidmatan atau produk kepada anda, Liberty akan perlu mengumpul dan menyimpan data peribadi anda yang berkaitan dengan produk atau perkhidmatan tersebut. Ini akan membolehkan Liberty membantu anda sekiranya anda memerlukan sebarang maklumat lanjut atau menjawab sebarang pertanyaan yang anda ada berkenaan produk atau perkhidmatan tersebut. 
Dalam keadaan-keadaan tertentu, Liberty mungkin juga mengumpul maklumat sensitif mengenai anda. Sebagai contoh, berkaitan dengan polisi yang dibeli, atau membuat tuntutan di bawah insurans kemalangan khusus, maklumat mengenai keahlian profesional atau persatuan perdagangan, maklumat kesihatan dan rekod jenayah anda mungkin diperlukan. 
Jika anda tidak memberi data peribadi yang diperlukan oleh Liberty atau mana-mana pihak ketiga berkaitan bagi membolehkan produk atau perkhidmatan khusus ditawarkan kepada anda, Liberty mungkin tidak dapat memberi jenis atau tahap perkhidmatan yang sewajarnya. 

5. Bagaimana LIU mengumpul data peribadi

Liberty amnya mengumpulkan data peribadi secara langsung daripada individu berkenaan tetapi dalam sesetengah keadaan Liberty mungkin mengumpulkannya  daripada pihak ketiga secara tidak langsung. Sebagai contoh, wakil pihak yang diinsuranskan (seperti broker) mungkin memberitahu Liberty mengenai orang lain yang mahukan manfaat perkhidmatan atau produk Liberty yang berkenaan.  t Sebagai contoh, mungkin pengarah, pegawai, profesional atau ahli staf yang lain. Di samping itu, Liberty mungkin mengumpul data peribadi melalui wakil-wakilnya sendiri atau melalui pihak ketiga, seperti para adjuster kerugian, para peguam, syarikat-syarikat insurans, para pekerja penjagaan kesihatan, sumber-sumber yang boleh didapati secara umum atau saksi-saksi tuntutan.

6. Mendedahkan maklumat 

Liberty mungkin mendedahkan data peribadi mengenai anda kepada pihak ketiga (termasuk ahli-ahli LMG yang lain) dalam mengendalikan urusan biasa operasi insurans, seperti menyediakan sebut harga insurans kepada anda, memproses, menyenggara, mentadbir polisi insurans dan tuntutan anda, pentadbiran perniagaan kami dan apabila dikehendaki oleh undang-undang.  Sebagai contoh, sewaktu menyediakan perkhidmatan kepada anda, Liberty mungkin memberi maklumat kepada syarikat-syarikat insurans lain, para penanggung insurans semula, para pengantara insurans lain, para penasihat Liberty seperti ajuster, peguam dan akauntan, bagi membantu pengendalian tuntutan.  
Jika tidak, Liberty mengehadkan penggunaan dan pendedahan sebarang data peribadi yang diberi oleh Liberty untuk tujuan yang telah anda persetujui.

7. Apa yang Liberty kehendaki daripada anda

Apabila anda memberi data peribadi mengenai individu-individu lain kepada Liberty, Liberty bergantung kepada anda untuk memaklumkan kepada mereka bahawa anda akan atau mungkin memberi maklumat mereka kepada Liberty, untuk tujuan apa Liberty akan menggunakannya, kepada pihak ketiga jenis apa yang maklumat ini akan didedahkan oleh Liberty dan bagaimana mereka boleh mengakses atau membetulkan maklumat mereka atau membuat aduan (seperti yang diterangkan dalam Dasar ini). Liberty bergantung pada anda untuk mendapatkan persetujuan mereka mengenai perkara di atas. Jika anda masih belum melakukan mana-mana perkara ini, anda hendaklah memaklumkan kepada Liberty sebelum anda memberi data peribadi berkenaan. 
Jika Liberty memberi data peribadi kepada anda, anda dan wakil-wakil anda hendaklah menggunakannya hanya untuk tujuan-tujuan yang telah dipersetujui. 

8. Keselamatan data peribadi anda 

Liberty berusaha untuk melindungi mana-mana data peribadi yang dipegang oleh Liberty daripada salah guna, gangguan dan hilang, disamping melindunginya daripada akses tanpa izin, pengubahsuaian dan pendedahan. Liberty menyediakan keselamatan fizikal terhadap storan dan premis tempat data bercetak dan elektronik disimpan.  Liberty juga menyediakan kawalan keselamatan komputer dan keselamatan rangkaian yang terkini.  Liberty juga mengenakan sekatan-sekatan privasi yang jelas terhadap semua pihak ketiga yang mengendalikan data peribadi anda. 
Sekiranya data peribadi yang dipegang oleh Liberty tidak lagi diperlukan bagi apa-apa tujuan, Liberty akan memusnahkan maklumat tersebut secara selamat. 

9. Isu-isu antara sempadan 

Liberty boleh memindahkan data peribadi anda ke negara-negara luar, termasuk negara-negara yang tidak mempunyai undang-undang privasi yang setanding, jika ianya wajar dan perlu bagi menyediakan kepada anda produk serta perkhidmatan yang anda kehendaki. Sebagai contoh, bergantung pada produk atau perkhidmatan yang anda miliki, Liberty mungkin menghantar maklumat melalui Internet atau perlu memberi data peribadi kepada pihak syarikat-syarikat insurans, para penanggung insurans semula dan pihak ketiga  serta wakil-wakil mereka dan Liberty di luar negara. Liberty mungkin menyimpan maklumat anda dalam awan pihak ketiga atau para pembekal simpanan rangkaian atau elektronik jenis lain. Kami juga boleh menghantar data peribadi anda kepada entiti-entiti Kumpulan Liberty Mutual. Pihak-pihak ketiga mungkin terletak di luar negara di Amerika Syarikat, Kanada, United Kingdom, Australia, Singapura, Hong Kong atau Malaysia. Di mana berkenaan, organisasi-organisasi ini terikat dengan pengaturan data peribadi.

10. Ketepatan dan akses

Liberty mengambil langkah-langkah yang munasabah bagi memastikan data peribadi anda tepat, lengkap dan terkini sewaktu Liberty mengumpul atau menggunakannya. Sila hubungi kami jika mana-mana butiran yang anda telah beri berubah. Sila juga hubungi kami jika maklumat yang kami ada mengenai anda tidak tepat, tidak lengkap atau tidak terkini.
Liberty akan, atas permintaan, memberikan anda akses kepada data peribadi mengenai anda yang dipegang oleh Liberty, melainkan jika terdapat pengecualian undang-undang yang menghalang kami daripada memberi anda akses kepada maklumat tersebut.  Sebagai contoh, sekiranya memberi akses akan memberi kesan tidak munasabah kepada privasi orang lain, Liberty tidak akan memberi anda akses kepada data peribadi tersebut.
Jika Liberty tidak memberi anda akses, Liberty akan memberi anda sebab-sebab penolakan tersebut dan memaklum anda tentang sebarang pengecualian undang-undang yang digunakan sebagai sandaran. 
Permintaan anda untuk mengakses, membetulkan atau mengemas kini data peribadi anda akan ditangani dalam tempoh masa yang munasabah.  Liberty boleh mendapatkan kembali daripada anda kos yang berpatutan untuk mendapatkan semula dan membekalkan maklumat yang diminta kepada anda.

11. Memilih untuk tidak menerima maklumat pemasaran

Liberty mungkin menggunakan data peribadi anda untuk menawarkan kepada anda produk dan perkhidmatan yang Liberty rasakan mungkin menarik minat anda. Walau bagaimanapun, jika anda tidak ingin menerima maklumat pemasaran mengenai produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan berjenama Liberty, sila maklumkan kepada Liberty dengan menghubungi Pegawai Privasi, yang butirannya diberikan di bawah. Liberty akan bertindak dengan segera atas permintaan anda.

12. Laman web Liberty Pasifik

Anda boleh melayari laman web (www.liuasiapacific.com) ( “Laman”) tanpa memberitahu kami siapa anda atau mendedahkan apa jua data peribadi anda.  Kami mungkin menggunakan pelbagai teknologi untuk mengumpul maklumat secara pasif daripada anda sewaktu anda melayari Laman kami. Kami menyimpan maklumat statistik am yang tidak boleh dikenal pasti secara peribadi seperti nama domain, alamat Protokol Internet (IP), dan jenis pelayar. Sebagai contoh, kami mungkin menggunakan “kuki” – set maklumat yang diberikan kepada anda oleh pelayan web kami apabila anda melawat Laman – hanya untuk menyimpan maklumat di antara halaman. Ia tidak digunakan untuk menyimpan atau menjejak data peribadi mengenai para pelawat ke Laman ini. Jika anda mahu, anda boleh menetapkan komputer anda supaya menolak kuki. Walau bagaimanapun, anda bertanggungjawab sepenuhnya kerana mengubah perisian pelayar anda untuk berbuat demikian.
Kami akan mengemas kini Dasar Privasi ini apabila kaedah pengumpulan maklumat baharu diperkenalkan di Laman ini dan di mana mungkin, akan meminta kebenaran anda untuk menambah sebarang mekanisme untuk menambah baik pengalaman pelayaran anda di Laman ini.

13. Cara menghubungi kami atau membuat aduan

Jika anda ingin mendapatkan akses kepada atau membetulkan data peribadi anda, memilih untuk tidak menerima maklumat pemasaran, membuat aduan data peribadi atau anda mempunyai apa-apa pertanyaan berkenaan bagaimana data peribadi anda dikumpul dan digunakan, atau apa-apa pertanyaan lain berkenaan Dasar Privasi ini, sila hubungi Pegawai Privasi Liberty di:
E-mel:    privacy.officer.ap@libertyiu.com
Liberty akan menjawab pertanyaan atau aduan anda secepat mungkin dan akan cuba menyelesaikan sebarang aduan dalam masa 20 hari bekerja. Jika ini tidak boleh dilakukan, Liberty akan menghubungi anda dalam masa tersebut untuk memberi makluman lanjut mengenai penyelesaian aduan anda.